Jangan politikkan isu kapal selam - Utusan Malaysia

Jangan politikkan isu kapal selam

KAPAL Minyak Timas 1201 dikerahkan untuk mengangkat badan kapal selam KRI Nanggala-402. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tentera Laut Indonesia meminta berita mengenai kapal selam KRI Nanggala-402 yang tenggelam dua minggu lalu tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. 

Lapor Kompas.com, Laksamana Muda Muhammad Ali menerusi sidang akhbar di Jakarta Pusat berkata, ketika ini banyak pihak yang sedang berdukacita terhadap insiden kapal buatan Jerman 1977 itu. 

Katanya, ketika ini juga pihaknya sedang memfokuskan usaha pencarian kru kapal yang maut di perairan Bali itu. 

“Minta tolong jangan mempolitikkan berita mengenai KRI Nanggala mahupun mengaitkan berita yang tidak berkaitan dengan insiden itu. 

“Jadi pihak media juga perlu membantu memberikan sokongan terhadap individu yang berada di lapangan kerana usaha pencarian ini bukan mudah, kerana ia tenggelam di kedalaman 838 meter di kawasan laut. 

“Kita perlukan sokongan daripada pihak media. Jangan disudutkan atau diarahkan isu ini terhadap hal-hal berbaur politik untuk kepentingan tertentu,” katanya. 

Dalam perkembangan sama, Pasukan Petugas Khas Pelaksana Kegiatan Usaha Miyak dan Gas Angkatan Laut akan mengerahkan Kapal Minyak Timas 1201 bagi membantu mencari KRI Nanggala-402. 

Berdasarkan rekod Perkhidmatan Maklumat Tentera Laut, kapal itu mempunyai spesifikasi 162.3 meter panjang, 37.8 lebar serta 16.1 meter tinggi. 

Kapal itu juga menggunakan kren yang sesuai digunakan untuk platform konvensional serta berupaya mengangkat barang berat dari dasar laut. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN