Ikat anjing dengan belon helium sehingga 'terapung' - Utusan Malaysia

Ikat anjing dengan belon helium sehingga ‘terapung’

TANGKAP layar video yang menunjukkan Guarav mengikat anjingnya dengan sejumlah belon helium sehingga haiwan itu terapung. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang Youtuber terkenal di India ditahan selepas sebuah video menunjukkan dirinya mengikat anjing peliharaan dengan belon helium sehingga menyebabkan binatang itu ‘terapung’ di udara. 

Lapor Daily Mail, Guarav yang memiliki empat juta pengikut dalam media sosial membiarkan anjing itu ‘terbang’ dan menghampiri kawasan balkoni sebelum disambut oleh orang lain. 

Timbalan pesuruhjaya polis, Atul Thakur berkata, lelaki itu diberkas selepas merisikokan nyawa haiwan dan merakam tindakannya.

Sehubungan itu, Gaurav ditahan di bawah Akta Kezaliman Binatang dan tindakannya mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Susulan kejadian itu, Gaurav membuat permohonan maaf dan akan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memuat naik sebarang kandungan video. 

“Saya mengaku salah dan akan lebih berhati-hati. Saya sayangkan haiwan peliharaan seperti anak sendiri,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN