Hong Kong perlu buang berjuta-juta vaksin tamat tempoh - Utusan Malaysia

Hong Kong perlu buang berjuta-juta vaksin tamat tempoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Negara ini berkemungkinan besar perlu membuang jutaan dos vaksin kerana akan mengalami tarikh luput disebabkan bilangan individu yang mendaftar bagi penerimaan vaksin tidak mencukupi.

Hong Kong antara negara bertuah di dunia kerana berjaya memperoleh bekalan vaksin lebih daripada mencukupi untuk melakukan program vaksinasi terhadap 7.5 juta penduduknya.

Namun, disebabkan ketidakpercayaan rakyat terhadap pemerintah yang semakin meningkat sehingga berlaku perbezaan pendapat serta penyebaran maklumat palsu dalam talian menimbulkan keraguan terhadap vaksin.

Bekas Pengawal Pusat Perlindungan Kesihatan, Thomas Tsang memberi amaran rakyat Hong Kong hanya mempunyai tempoh tiga bulan sahaja sebelum vaksin fasa pertama Pfizer-BioNTech akan tamat tempoh.

“Vaksin itu tidak boleh digunakan lagi selepas tarikh luput dan pusat vaksinasi BioNTech akan berhenti beroperasi selepas bulan September,” katanya.

Tsang juga melahirkan kekecewaan terhadap situasi itu sedangkan penduduk dunia lain berusaha mendapatkan bekalan vaksin.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN