Harry dedah hadapi tekanan - Utusan Malaysia

Harry dedah hadapi tekanan

PUTERA Harry bakal muncul dalam dokumentari, The Me You Can't See.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Putera Harry mendedahkan mengenai masalah tekanan mental yang dialaminya dalam satu podcast disiarkan di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Podcast, Armchair Expert yang berlangsung kira-kira 90 minit itu dihos oleh pelakon Dax Shepard dan Monica Padman.

Rancangan itu merangkumi persoalan berkaitan pelbagai isu daripada drama bersiri The Crown sehingga mengenai kehidupan diraja Putera Harry.

Duke of Sussex itu turut mendedahkan beliau berasa tertekan sehingga mahu berhenti daripada tugasan diraja sejak 15 tahun lalu sebelum berjumpa dan berkahwin dengan Meghan Markle.

Kata Harry, beliau tidak mahu dirinya mengalami situasi yang sama dengan mendiang ibunya, Puteri Diana.

“Pada awal usia 20-an, saya fikir saya tidak mahu pekerjaan (tugas rasmi diraja) ini. Saya tidak mahu berada di sini dan tidak mahu melakukannya.

“Lihat apa yang berlaku kepada ibu saya. Bagaimana saya boleh bina kehidupan baharu bersama isteri dan keluarga apabila saya tahu perkara itu akan berlaku lagi?,” katanya.

Dalam pada itu, sebuah dokumentari berkisahkan masalah tekanan mental yang dihadapi beberapa personaliti lain bakal ditayangkan pada 21 Mei ini.

Dokumentari berjudul ‘The Me You Can’t See’ itu menyaksikan Harry bekerjasama dengan penerbit sebuah program bual bicara terkenal AS serta pengacara, Oprah Winfrey. 

Dokumentari itu menampilkan beberapa selebriti dan atlet seperti Lady Gaga, Glenn Close dan DeMar DeRozan serta Langston Galloway. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.