Hampir botak kerana kucing - Utusan Malaysia

Hampir botak kerana kucing

KANAK-KANAK perempuan mengalami keguguran rambut selepas seminggu membela kucing peliharaan. - ASIAWIRE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan mengalami keguguran rambut yang drastik sehingga kepalanya mungkin perlu dibotakkan kerana dijangkiti kulat daripada kucing baru yang dibelanya.

Lapor Daily Star, ibu bapa kanak-kanak itu tidak menyangka anak mereka mengalami tompok botak besar di kepalanya hanya dalam tempoh seminggu selepas memelihara haiwan itu.  

Menurut laporan media Toutiao, kanak-kanak perempuan itu dijangkiti `tinea capitis‘ iaitu kurap atau jangkitan kulat yang berlaku pada kulit kepala manusia. 

Keadaan itu boleh berjangkit kepada manusia melalui sentuhan haiwan atau individu yang disahkan menghidap kurap.

Keluarga itu yang berasal dari bandar Shenzhen di wilayah Guangdon, tenggara China kini mendapatkan rawatan doktor. 

Menurut ibu bapanya, mereka terpaksa membawa kanak-kanak itu ke salon untuk mencukur bahagian tompok kepala yang dijangkiti kurap agar dapat sembuh dengan segera.

Antara gejala tinea capitis adalah keguguran rambut, kesan berbintik merah, kegatalan dan ruam. 

Satu video yang memaparkan aksi lucu kanak-kanak perempuan itu sedang menundukkan kepalanya untuk menunjukkan tompok botak besar yang dialami, menjadi tular di media sosial.

Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat memandang kamera dengan muka yang marah sambil memegang minumannya sebelum beredar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN