Guna mikrofon minta bayar hutang - Utusan Malaysia

Guna mikrofon minta bayar hutang

TANGKAP layar video menunjukkan Adli Nawari menggunakan mikrofon dan alat pembesar suara ketika meminta seorang ahli koperasi membayar ansuran pinjaman. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMPUNG: Aksi seorang pegawai koperasi meminta ahlinya membayar ansuran pinjaman menggunakan mikrofon yang disambung dengan alat pembesar suara menjadi viral dalam media sosial.

Lapor Kompas.com, pegawai tersebut yang dikenali sebagai Adli Nawari terpaksa berbuat demikian selepas beberapa ahli koperasi asyik mengelak untuk membayar hutang.

Katanya, mereka sudah dihubungi banyak kali supaya melunaskan bayaran ansuran pinjaman, namun tidak diendahkan.

Video yang tular dalam media sosial itu menunjukkan Adli menggunakan mikrofon meminta seorang wanita membayar hutang pinjamannya.

Jelas Adli, dia pada mulanya bertemu dengan wanita itu di rumahnya untuk meminta bayaran ansuran namun kehadirannya tidak dihiraukan.

“Kebetulan ada sekumpulan penduduk sedang berkaraoke berhampiran rumah wanita itu, lalu saya pinjam sebentar mikrofon serta alat pembesar suara.

“Terkejut dengan keadaan itu, wanita tersebut kemudiannya membayar ansuran pinjamannya,” katanya.

Jelas Adli, dia tiada niat untuk memalukan ahli koperasi yang liat membayar hutang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya