fbpx

Gigi Hadid pertahan penduduk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Model terkenal, Gigi Hadid merupakan antara selebriti antarabangsa yang lantang menyuarakan bantahannya terhadap kezaliman Israel yang menyerang penduduk Palestin dan menyerbu Masjid Al-Aqsa.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Instagram, Hadid menyindir segelintir golongan yang bersungguh-sungguh membela hak kesamarataan, isu wanita dan menolak sifat perkauman

“Namun, golongan ini berdiam diri apabila penduduk Palestin terus menjadi mangsa kerakusan rejim Zionis.

“Di mana suara anda semua? Ini sangat tidak masuk akal, bagaimana anda boleh tentukan golongan mana yang perlu dibela, dan golongan mana pula yang harus dibiarkan?,” tulisnya.

Jelas Hadid, apa yang berlaku di Palestin tidak boleh dipandang sebagai hal agama semata-mata, sebaliknya harus dilihat sebagai isu kemanusiaan.

Katanya, kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Palestin adalah ketidakadilan yang sangat jelas.

“Mereka (penduduk Palestin) diusir dari rumah, tanah mereka sendiri, malah tidak dibenarkan menjalani kehidupan normal seperti anda semua, adakah itu satu keadilan?,” soal Hadid. – AGENSI