Gambar kanak-kanak `termasuk dalam konkrit' cetus perdebatan - Utusan Malaysia

Gambar kanak-kanak `termasuk dalam konkrit’ cetus perdebatan

GAMBAR seorang kanak-kanak perempuan seperti  terperangkap di dalam konkrit menjadi tular dalam media sosial. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sekeping gambar memaparkan seorang kanak-kanak perempuan seolah-olah terperangkap di dalam konkrit menjadi tular di laman media sosial.

Lapor Daily Mail, gambar itu pada mulanya dikongsikan oleh ibu kanak-kanak tersebut di platform Reddit.

Gambar itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian merah jambu kelihatan seperti termasuk ke dalam tanah ketika bermain di luar. 

Ibu kanak-kanak itu memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen tertera ‘Anakku, di mana selebihnya?’, sambil mencabar orang ramai untuk melihatnya secara teliti.

Rata-rata warganet terkejut dan berasa keliru melihat gambar ilusi optik tersebut. 

Gambar luar biasa itu berjaya menarik perhatian dengan menerima 63,000 tanda suka dan 1,200 komen di Reddit.

Gambar itu kemudian dikongsi semula di Facebook dengan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. 

“Ini terlalu bagus”, kata seorang pengguna sosial media yang ‘pening’ memikirkan bagaimana gambar itu dirakam.

Seorang lagi pengguna media sosial berkata, dia terlalu penat memikirkannya kerana berasa keliru melihat gambar tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya