Duta Ukraine ke Thailand ditemukan maut di Koh Lipe - Utusan Malaysia

Duta Ukraine ke Thailand ditemukan maut di Koh Lipe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Duta Ukraine ke Thailand dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi ini di sebuah pusat peranginan di Pulau Koh Lipe ketika bercuti dengan anak lelakinya.

Menurut polis, punca kematian Andrii Beshta, 45, masih belum dikenal pasti.

Beshta dilantik sebagai Duta Ukraine ke Thailand pada 2016.

Polis Thailand menyatakan Beshta ditemukan mati pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan di bilik hotel tempat beliau menginap.

“Siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda pergelutan, serangan mahupun keganasan, “ jurucakap polis, Kissana Phathanacharoen.

Anak lelaki beliau, Ostap turut disoal siasat berhubung insiden kematian bapanya.

Dia memaklumkan bapanya masuk ke bilik pasa pukul 11 malam namun terbangun pukul 4.30 pagi akibat muntah sebelum tidak sedarkan diri.

Mayat Beshta dihantar ke hospital untuk prosea bedah siasat sebelum diserahkan kepada hospital polis di Bangkok. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN