Covid-19: Varian baharu ditemui di Vietnam - Utusan Malaysia

Covid-19: Varian baharu ditemui di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Satu varian Covid-19 baharu ditemui di Vietnam yang boleh merebak lebih pantas melalui udara.

Varian itu dipercayai merupakan kombinasi strain Covid-19 dari India dan Britain.

Menteri Kesihatan, Nguyen Thank Long berkata, ciri-ciri strain Covid-19 itu menyaksikan kepekatan virus dalam cecair tekak meningkat dengan cepat dan merebak sangat kuat ke kawasan persekitaran.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan bilangan kes varian baharu yang direkodkan.

Katanya, Vietnam akan mengumumkan penemuan baharu itu dalam genetik strain di peta dunia.

Sebelum ini, terdapat tujuh varian Covid-19 dikenal pasti di negara itu.

Lebih 6,700 kes positif Covid-19 dengan 47 kes kematian direkodkan di Vietnam.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya