Bungkusan bom ragut ahli NLD, polis Myanmar - Utusan Malaysia

Bungkusan bom ragut ahli NLD, polis Myanmar

THET Win Hlaing didakwa maut dalam insiden letupan di selatan Myanmar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Sekurang-kurangnya lima maut termasuk seorang ahli politik dari kerajaan yang disingkirkan dan tiga anggota polis selepas satu daripada bungkusan berisi bom meletup.

Insiden itu berlaku di sebuah perkampungan di Bago di selatan Myanmar kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan semalam.

Berlaku tiga letupan apabila satu daripada bungkusan berisi bom meledak di sebuah rumah di kampung tersebut, menyebabkan ahli politik dari Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), tiga anggota polis yang berpaling tadah serta seorang penduduk awam terbunuh.

Menurut sumber, ahli politik itu berkemungkinan Thet Win Hlaing yang ketika itu bersembunyi di sebuah rumah di kampung Zee Oke apabila letupan berlaku.

Seorang lagi anggota polis yang berpaling tadah turut cedera parah dalam insiden tersebut, menyaksikan tangannya terputus akibat letupan itu.

Junta tentera Myanmar sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.

Semalam, tentera etnik Kachin mendakwa pihaknya menembak jatuh sebuah helikopter tentera Myanmar di utara dan timur negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya