AS bidas kenyataan Presiden Turki kutuk Israel - Utusan Malaysia

AS bidas kenyataan Presiden Turki kutuk Israel

RECEP TAYYIP ERDOGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) membidas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selepas mendakwa beliau membuat kenyataan ‘anti-Semitik’ berhubung konflik keganasan di Palestin.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, Washington sekeras-kerasnya mengutuk kenyataan Recep Tayyip mengenai kaum Yahudi.

“Kami menggesa Presiden Recep Tayyip dan jupa pemimpin Turki yang lain tidak membuat kenyataan yang boleh menghasut keganasan,” katanya.

Recep Tayyip sebelum ini menjadi antara pemimpin negara Islam yang lantang mengutuk penindasan Zionis terhadap penduduk Palestin.

Beliau sebelum ini menuduh Israel sebagai pengganas kerana menzalimi Palestin dan menyifatkan ‘sikap itu sudah sedia ada dalam diri mereka’.

“Mereka (Zionis) adalah pembunuh sehingga sanggup membiarkan kanak-kanak mati. Mereka hanya berpuas hati apabila pertumpahan darah berlaku,” tegas Recep Tayyip.

Dalam pada itu, beliau juga menyelar Presiden Joe Biden dan pentadbirannya selepas berterusan mempertahankan tindakan Israel menyerang Gaza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya