Angka korban di Palestin meningkat 43, termasuk 13 kanak-kanak - Utusan Malaysia

Angka korban di Palestin meningkat 43, termasuk 13 kanak-kanak

PASUKAN penyelamat dan penduduk Palestin mengusung mangsa korban serangan roket Israel di Semenanjung Gaza, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Pasukan tentera Israel terus melancarkan serangan hdara terhadap kubu kuat pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza dengan menyasarkan beberapa bangunan utama termasuk ibu pejabat polis.

Di kawasan kejiranan Tel al-Hawa, seorang lelaki bersama isterinya yang sarat mengandung serta anak lelaki mereka berusia lima tahun terbunuh apabila rumah mereka terkena serangan udara yang dilancarkan tentera Zionis.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan jumlah penduduk Palestin yang maut akibat serangan udara tentera Israel meningkat kepada 43 orang termasuk 13 kanak-kanak.

Selain itu, sekurang-kurangnya 233 orang cedera dan lima penduduk Israel maut.

Rejim Zionis menyataman kira-kira 1,500 roket dilancarkan dari Gaza ke beberapa lokasi di Israel.

Sehubungan itu, pasukan keselamatan Israel mengetatkan kawalan serta kepungan di Semenanjung Gaza.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri Gaza, serangan udara tentera Israel menyebabkan semua bangunan polis di wilayah pesisir pantai.

Beberapa siri letupan turut kedengaran di bahagian barat Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya