NEW DELHI: Lebih 1.1 juta penduduk dipindahkan ke kawasan rendah sebelum ribut siklon baharu membadai pantai timur India, hari ini.
Taufan Yaas yang diramalkan menuju ke arah timur menyebabkan dua orang maut dan beberapa rumah mengalami kerosakan disebabkan cuaca buruk dan hujan lebat berterusan melanda Odisha dan Bengal Barat.
Jabatan Meteorologi India berkata, ribut siklon yang sangat teruk membawa angin dengan kelajuan 130 hingga 140 kilometer/jam.
Pihak bekruasa Mamata Banerjee berkata, puting beliung menyebabkan dua mangsa mengalami renjatan eletrik serta memusnahkan 40 rumah di Bengal Barat.
Lapangan Terbang Kolkata terpaksa ditutup sehingga pukul 8 malam dan perkhidmatan kereta api dibatalkan sebelum ribut melanda sebagai langkah pencegahan.
Sekurang-kurangnya 20 daerah di Bengal Barat dijangka terjejas akibat ribut tersebut. -AP









