Tuntut mayat perlu bayar RM351 kepada junta - Utusan Malaysia

Tuntut mayat perlu bayar RM351 kepada junta

PESERTA protes melarikan diri daripada pihak berkuasa semasa demonstrasi menentang junta tentera di Yangon. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 YANGON: Golongan aktivis mendakwa junta tentera Myanmar mengenakan caj sebanyak AS$85 (RM351) untuk menuntut mayat yang terbunuh semasa rusuhan berdarah Jumaat lalu. 

Seorang saksi di bandar Bago berkata, ramai penduduk terpaksa melarikan diri ke kampung berdekatan sejak serangan itu yang menyebabkan talian internet dipotong serta anggota tentera menggeledah kawasan kejiranan. 

“Saya tinggal di jalan utama. Anggota tentera kerap datang ke sini. Disebabkan ancaman itu, kami terpaksa berpindah ke rumah yang terletak di laluan berdekatan,” luah saksi tersebut. 

Menurut Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP), sekurang-kurangnya 82 orang terbunuh di Bago selepas bandar itu diserang oleh junta tentera minggu lalu. 

Sehingga kini, angka kematian merekodkan sebanyak 700 kes sejak rampasan kuasa di Myanmar, 1 Februari lalu. 

Akhbar Global New Light of Myanmar melaporkan junta tentera diserang oleh peserta protes semasa kejadian itu. 

“Anggota keselamatan diserang oleh sekumpulan perusuh semasa mereka mengalihkan penghadang jalan di Bago. Perusuh menggunakan senjata buatan tangan seperti anak panah, bom tangan dan botol api,” kata akhbar itu.  

Dalam pada itu, aktivis pro demokrasi berikrar akan melaksanakan beberapa siri protes minggu ini bagi meneruskan tekanan terhadap junta tentera semasa cuti paling penting tahun ini. 

Cuti tahun baharu selama lima hari dikenali sebagai Thingyan kebiasaannya disambut dengan ritual pembersihan di tokong Buddha. 

Kumpulan aktivis menggesa orang ramai menggunakan simbol protes termasuk melukiskan tiga jari mereka semasa permulaan cuti hari ini. CNN/Agensi 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.