Tujuh hari tidur tak sedarkan diri - Utusan Malaysia

Tujuh hari tidur tak sedarkan diri

ECHA tertidur selama tujuh hari tanpa sedarkan diri. - KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang remaja perempuan dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan, tertidur selama tujuh hari tanpa sedarkan diri. 

Lapor Kompas.com, Siti Raisa Miranda, 16, tidur sejak 1 April lalu dan didakwa mengalami sindrom ‘puteri tidur’ atau nama saintifiknya Kleine-Levin Syndrome (KLS)

Remaja itu yang dikenali sebagai Echa merupakan anak kedua daripada empat adik beradik. 

Menurut ayah Echa, Mulyadi, anaknya kerap tidur selama berhari-hari dan mengalami sindrom tersebut sejak berusia 13 tahun. 

“Kalau tidak menghidapi sindrom itu, Echa normal sahaja, dia bermain dan bersekolah macam biasa. Namun, apabila tidur, dia akan jadi seperti ini (tidur selama berharai-hari),” katanya.

Mulyadi berkata, Echa pernah tertidur selama 13 hari berturut-turut tanpa bangun sebelum ini, malah mereka terpaksa membangunkannya untuk pergi ke tandas, makan serta minum.

“Itu pun perlu dibantu kerana keadaannya sangat lemah sebab terlalu mengantuk. Kami risau juga, tetapi kami paksa dia makan dan minum supaya dapat bertahan. 

“Dalam tempoh empat bulan sebelum ini, dia sudah tertidur selama dua kali, kali terakhir pada Disember tahun lalu,” katanya. 

Ketika dibawa berjumpa doktor, Echa dikesan menghidap penyakit sawan.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya