Seroja badai Australia, dua pekan musnah - Utusan Malaysia

Seroja badai Australia, dua pekan musnah

ANTARA kemusnahan yang berlaku ketika Taufan Seroja membadai barat Australia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Dua pekan kecil di barat Australia mengalami kemusnahan apabila Taufan Seroja membadai kawasan tersebut.

Taufan itu membawa hujan lebat dan angin kencang sekuat 170 kilometer sejam selepas membadai Indonesia serta Timor Leste pada minggu lalu yang menyebabkan bencana banjir lumpur dan tanah runtuh.

Stesen penyiaran AC melaporkan, 70 peratus struktur di Kalbarri yang menempatkan kira-kira 1,500 penduduk musnah.

Media tempatan juga menunjukkan bumbung beberapa kediaman tercabut dan serpihan bertaburan atas jalan.

Di Northampton yang mempunyai kurang daripada 1,000 penduduk turut mengalami kemusnahan akibat Seroja.

Sehingga kini, tiada laporan kecederaan mahupun kematian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya