Remaja hampir mati ketagih bersenam - Utusan Malaysia

Remaja hampir mati ketagih bersenam

LISA Fouweather hampir mati kerana mengalami ketagihan melampau untuk bersenam. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mendedahkan dia terpaksa menerima rawatan dan hampir mati kerana mengalami ketagihan melampau untuk bersenam. 

Lapor Daily Mail, Lisa Fouweather dari Doncaster, South Yorkshire mengakui dia begitu ketagih bersenam sehingga sanggup berlari sejauh 21 kilometer sebelum sarapan pagi dan bersembunyi di dalam bilik air untuk berjoging.

Menurut Fouweather, pada mulanya, dengan melakukan demikian, dia berharap dapat meningkatkan prestasinya di kelab larian namun tanpa disedari menjadi ketagih.

Dia kemudian melakukan beberapa aktiviti seperti berlari sebelum sesi sekolah, mengayuh sejauh 64.37 kilometer seminggu selain melakukan senaman perut selama dua jam dan berjalan sebanyak 70,000 langkah setiap hari.   

Selain itu, remaja perempuan tersebut juga kurang makan dan akan cuba meniru rejim latihan atlet profesional yang dimuatnaik di laman Instagram mereka.  

Berat badannya menurun kepada 37.6 kilogram dan Fouweather pernah mengugut untuk membunuh diri jika dihalang daripada bersenam. 

Fouweather kemudian menerima rawatan dan pada mulanya enggan mengakui dia menghadapi masalah sehingga hampir meragut nyawanya.

Fouweather dibawa ke Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja (CAMHS) yang mana dia disahkan menghidap orthorexia dan dilarang untuk melakukan sebarang aktiviti senaman. 

Dengan bantuan profesional dan usahanya, Fouweather berjaya menghentikan senaman dan diet yang melampau, sekali gus menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN