Rakyat mahukan keamanan - junta Myanmar - Utusan Malaysia

Rakyat mahukan keamanan – junta Myanmar

PENUNJUK perasaan memakai alat pelindung semasa menyertai demonstrasi menentang rampasan kuasa oleh junta tentera di Yangon, Myanmar. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Junta tentera Myanmar menyifatkan gerakan tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa yang berlaku sudah semakin berkurangan.

Hal ini kerana penunjuk perasaan tidak mahu lebih banyak pertumpahan darah berlaku dan mengimpikan keamanan dikembalikan semula di negara ini.

Sehubungan itu, junta merancang untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh dua tahun untuk mengukuhkan kestabilan Myanmar.

Jurucakap junta, Zaw Min Tun berkata, negara ini dalam fasa peralihan kembali normal dan semua kementerian termasuk bank akan beroperasi semula dalam tempoh terdekat.

“Tunjuk perasaan yang semakin berkurangan ketika ini adalah disebabkan oleh rakyat mahukan keamanan dan kami ambil serius perkara itu.

“Kami minta agar rakyat terus bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi membantu mereka,” katanya.

Min Tun memaklumkan 248 anggota tentera dan 16 polis turut terkorban dalam siri demonstrasi yang berlaku sejak Februari lalu.

Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP) pula memaklumkan 614 penunjuk perasaan terkoban termasuk 48 kanak-kanak.

Terdahulu, pasukan keselamatan melancarkan ‘serangan baharu’ terhadap penunjuk perasaan di pekan Bago, berhampiran Yangon.

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan mayat mereka dikumpulkan secara bertindih di lokasi berhampiran.

Agensi berita Myanmar Now dan majalah dalam talian, Mawkun, melaporkan sekurang-kurangnya 20 terbunuh dan banyak cedera dalam serangan tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya