Putera Harry jalani kuarantin di Frogmore - Utusan Malaysia

Putera Harry jalani kuarantin di Frogmore

PUTERA HARRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Putera Harry menjalani tempoh kuarantin di Frogmore Cottage sebelum mendiang datuknya, Putera Philip dikebumikan Sabtu ini.

Lapor Daily Mail, Duke of Sussex itu mengubahsuai rumah berharga 2.4 juta pound (RM13.6 juta) yang terletak berdekatan Istana Windsor.

Putera Harry tiba di lapangan terbang Heathrow menggunakan pesawat British Airways dari Los Angeles selepas kematian Duke of Edinburgh.

Harry dibolehkan menghadiri pengebumian datuknya kerana dibenarkan undang-undang bagi individu berkabung meninggalkan tempoh kuarantin semasa ketibaan di negara ini.

Rumah itu pernah didiami oleh Harry dan Meghan selepas sebulan anak mereka, Archie dilahirkan.

Bagaimanapun, Harry tidak membawa isterinya, Meghan yang sarat mengandung anak kedua dan pernah mengalami keguguran.

Meghan dinasihatkan tidak menaiki kapal terbang buat masa sekarang dan berada di California.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya