Penumpang pengsan selepas tujuh jam menunggu - Utusan Malaysia

Penumpang pengsan selepas tujuh jam menunggu

SEORANG penumpang terbaring atas lantai selepas pengsan menunggu selama tujuh jam di Lapangan Terbang Heathrow. -TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang penumpang dilaporkan pengsan selepas menunggu selama tujuh jam di pintu sempadan Lapangan Terbang Heathrow. 

Lapor Metro, rakaman sebuah video menunjukkan seorang perempuan terbaring atas lantai dan dipantau oleh pegawai pasukan sempadan kawalan pasport dengan kelihatan ramai penumpang menunggu di belakang. 

Pegawai eksekutif lapangan terbang berkata, situasi berada di luar kawalan selepas pengunjung perlu beratur lebih lama disebabkan pemeriksaan Covid-19. 

Sementara itu, jurucakap bagi Kesatuan Perkhidmatan Imigresen memaklumkan tempoh masa beratur menjadi terlalu lama kerana pengunjung tidak lagi menggunakan eGates yang lebih cepat disebabkan arahan kerajaan supaya pegawai sempadan melakukan semakan 100 peratus mengikut kawalan Covid-19. 

Ketua Pegawai Penyelesaian Heathrow, Chris Garton pula berkata, tempoh menunggu dalam beberapa hari kebelakangan ini menjadi dua hingga enam jam dan pihak polis terpaksa campur tangan. 

“Kami mula melihat gangguan terhadap beberapa penumpang yang tiba. Sekiranya anda perlu beratur selama dua atau tiga jam, itu bukan sesuatu yang anda ingin lakukan dan kami turut melibatkan pihak polis memberikan bantuan. 

“Apa yang berlaku adalah disebabkan semakan baharu yang diperkenalkan dengan 100 peratus dilakukan semakan terhadap setiap orang. Disebabkan itu, ia memberikan bebanan besar terhadap pegawai yang bekerja di bahagian sempadan,” katanya. 

Garton berkata, kekangan terhadap jumlah tenaga pegawai untuk memproses setiap dokumen penumpang di pintu sempadan selalu menjadi isu dan masalah itu bertambah buruk semasa pandemik berlaku. 

Oleh itu, katanya, masalah itu boleh diselesaikan dengan memastikan kemasukan penumpang ke UK terjamin sebelum memulakan perjalanan. 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya