Pengantin pecahkan bata dalam majlis resepsi - Utusan Malaysia

Pengantin pecahkan bata dalam majlis resepsi

AKSI pengantin perempuan yang dikenali sebagai Fitri memecahkan bata semasa majlis resepsinya tular dalam media sosial. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Aksi seorang pengantin perempuan memecahkan blok bata semasa majlis resepsi di Madiun Jaya, Jawa Timur menjadi tular dalam media sosial.

Lapor Tribunnews, aksi pengantin perempuan yang berpakaian pencak silat itu dirakamkan menerusi satu video kemudiannya dimuat naik dalam aplikasi TikTok.

Dalam video itu, dilihat pengantin perempuan mencium tangan suaminya sebelum dia memecahkan bata berkenaan.

Aksinya mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari para tetamu yang hadir dalam majlis resepsinya.

Pasangan pengantin tersebut dilaporkan merupakan ahli kumpulan silat di Madiun.

Menurut ahli keluarga pengantin, aksi itu dilakukan bagi menghiburkan para tetamu yang hadir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya