Kematian Philip satukan William, Harry - Utusan Malaysia

Kematian Philip satukan William, Harry

PUTERA WILLIAM dan Putera Harry akan hadir majlis pengebumian Duke of Edinburgh, Putera Philip yang dijadualkan berlangsung Sabtu depan. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Putera William dan Putera Harry dilaporkan akan berjalan bersama di belakang keranda Putera Philip dalam majlis pengebumian Duke of Edinburgh itu yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu depan.

Lapor Daily Mail, adik-beradik tersebut dijangka berdiri berdampingan dalam perarakan diraja dalam upacara pengebumian yang bakal berlangsung di Istana Windsor.

Ia bakal menjadi penampilan bersama yang pertama anggota kerabat diraja itu selepas pendedahan kontroversi oleh Harry dan isterinya, Meghan Markle dalam satu wawancara eksklusif bersama pengacara terkenal, Oprah Winfrey.  

Dalam wawancara tersebut, Harry mendakwa William `terperangkap’ dalam sistem monarki.

Bagaimanapun, Duchess of Sussex yang kini hamil dengan anak kedua dan berada di California dilaporkan tidak akan menghadiri majlis pengebumian Philip atas nasihat doktor.

Seorang penganalisis mengenai kerabat diraja berpandangan bahawa kehadiran Harry ke upacara itu memberi peluang kepadanya untuk memperbaiki hubungan yang renggang disebabkan wawancara kontroversi itu.

Menurut seorang sumber, keluarga diraja menghadapi waktu getir ini secara bersama meskipun terdapat ketegangan hubungan akibat wawancara tersebut.

Dalam pada itu, mayat Philip akan dibawa ke St George Chapel di Istana Windsor menerusi kereta Land Rover yang dibina khas dan diiringi oleh pemegang pengusung antaranya dari pasukan Tentera Marin Diraja Britain.  

Dilaporkan, Putera Charles dan anggota kerabat diraja lain termasuk William dan Harry akan berjalan kaki di belakang kereta Land Rover itu.  

Dalam pada itu, Harry akan berlepas dari California dalam masa terdekat dan mengikut protokol Covid-19 sepanjang perjalanannya dan juga semasa kehadirannya di Britain.

Duke of Sussex dilaporkan membuat persiapan untuk pulang ke Britain sejak pasangan itu membuat keputusan untuk meninggalkan kehidupan diraja dan berpindah ke Amerika Syarikat (AS).  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya