Jemaah luar negara perlu patuh lima prosedur tunai Umrah - Utusan Malaysia

Jemaah luar negara perlu patuh lima prosedur tunai Umrah

JEMAAH dari luar negara perlu menjalani tempoh kuarantin selama tiga hari di hotel yang ditetapkan di Mekah selepas ketibaan di Arab Saudi. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan mekanisme dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh jemaah dari luar Arab Saudi ketika mengerjakan ibadah tersebut.

Lapor Saudi Gazette, pihak kementerian berkata, terdapat lima langkah yang perlu dipatuhi sebelum jemaah menunaikan ibadah Umrah.

Pertama, semua jemaah perlu berada di pusat penjagaan di Mekah iaitu enam jam sebelum menunaikan Umrah.

Kemudian, mereka perlu mengesahkan status vaksinasi, memakai gelang tangan digital, menunjukkan rantai tangan semasa ketibaan di Pusat Perhimpunan Al-Shubaika bagi mengesahkan data dan permit serta mematuhi tarikh dan masa yang diperuntukkan kepada mereka menunaikan ibadah tersebut.

Jelas pihak kementerian, jemaah dari luar negara perlu menjalani tempoh kuarantin selama tiga hari di hotel yang ditetapkan di Mekah selepas ketibaan di Arab Saudi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya