Jangkitan Covid-19 global cecah 150 juta kes - Utusan Malaysia

Jangkitan Covid-19 global cecah 150 juta kes

WARGA emas menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di Mumbai. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh dunia sudah mencecah 150 juta kes dan mengakibatkan hampir 3.2 juta penduduk global meninggal dunia.

Jumlah itu meningkat dua kali ganda sejak pertengahan Februari lalu dan situasi di India dan Brazil menjadi antara penyumbang kepada peningkatan kes jangkitan global.

Sehingga kini, Amerika Syarikat (AS) masih menjadi negara paling tinggi di dunia yang merekodkan jumlah jangkitan Covid-19, diikuti India dan Brazil.

Program vaksinasi yang perlahan di negara itu didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes secara mendadak.

Setakat ini, kira-kira 28 juta penduduk di Brazil sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 iaitu mewakili 10 peratus daripada jumlah populasinya.

Sebanyak 401,186 kes jangkitan direkodkan di Brazil dengan 3,001 kematian.

Di India, sebanyak 385,000 kes jangkitan baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam dan hampir 3,500 kematian.

Lebih 40 buah negara menghantar bantuan ke India dengan AS membekalkan lebih 400 tong oksigen ke negara ini. – AFP

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya