Hukum pihak hina Nabi Muhammad - Utusan Malaysia

Hukum pihak hina Nabi Muhammad

IMRAN KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menyeru semua negara Islam di seluruh dunia supaya bersatu bagi melobi kerajaan Barat untuk menghukum mana-mana pihak yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen, Imran menegaskan beliau akan mengetuai kempen tersebut untuk meyakinkan negara Barat mengenai isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad.

“Kita perlu jelaskan mengapa isu tersebut amat sensitif serta menyakitkan hati umat Islam, selain kenapa perkara tersebut tidak boleh dikaitkan dengan kebebasan bersuara.

“Apabila 50 negara Islam bersatu dan menegaskan apa yang kita inginkan, kemudian Barat pula memaklumkan perkara sama juga berlaku di negara lain, maka kita akan lancarkan boikot perdagangan dan semestinya bakal memberi kesan,” katanya.

Imran menyamakan isu berkaitan Nabi Muhammad dengan Holocaust apabila menegaskan kebanyakan negara Barat memahami isu tersebut adalah sensitif untuk komuniti Yahudi.

Katanya, pemahaman yang sama perlu diterapkan dalam menghormati Nabi Muhammad dan agama Islam.

Imran menyampaikan ucapan tersebut ketika kerajaan pimpinannya terus berunding dengan kumpulan berhaluan kanan, Threek-e-Labbaik Pakistan (TLP) yang mendesak supaya Duta Perancis ke Pakistan diusir.

TLP menyifatkan Presiden Perancis, Emmanuel Macron menghina agama Islam apabila beliau mempertahankan hak penerbitan untuk menerbitkan semula karikatur Nabi Muhammad. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya