Disimbah air kumbahan kerana berzina - Utusan Malaysia

Disimbah air kumbahan kerana berzina

PASANGAN itu disiram dengan air kumbahan oleh penduduk kampung di Banda Aceh, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH: Seorang bapa dua anak ditahan oleh penduduk kampung kerana melakukan zina dengan isteri orang di Gampong Cot Masjid di sini. 

Lapor Tribunnews, pasangan lelaki dan wanita itu didakwa melakukan hubungan terlarang tersebut sebelum waktu bersahur di sebuah rumah. 

Selepas disoal siasat, lelaki itu mengaku ke rumah wanita itu pada pukul 3 pagi dan tidur di rumah yang disewa oleh kekasihnya. 

Malah, pasangan yang baru berkenalan selama dua bulan itu mengakui mereka sudah melakukan hubungan seks berulang kali. 

Lelaki itu menjual barang keperluan dapur, manakala, wanita itu menjual pisang goreng di Terminal Bas Banda Aceh. 

Akibatnya, pasangan itu diarah mencangkung di tepi parit kecil sebelum disiram dengan air kumbahan oleh penduduk kampung. 

Langkah itu adalah bentuk hukuman sosial yang dikenakan oleh penduduk kampung terhadap pasangan tersebut sebagai pengajaran. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya