Australia rekod kes darah beku selepas terima vaksin AstraZeneca - Utusan Malaysia

Australia rekod kes darah beku selepas terima vaksin AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Individu kedua dikesan mempunyai darah beku selepas menerima vaksin AstraZeneca di Australia, lapor Reuters.

Bagaimanapun, insiden itu tidak menjejaskan proses pendaftaran vaksin dan tiada peningkatan pembatalan penerimaan suntikan tersebut.

Minggu ini, Australia terpaksa menangguhkan sasaran suntikan vaksin terhadap 26 juta populasi rakyatnya selepas pengendali perubatan Eropah melaporkan kes mengenai darah beku dalam kalangan dewasa yang menerima dos vaksin AstraZeneca.

Insiden itu mendorong pegawai Australia untuk mengesyorkan mereka yang berusia di bawah 50 tahun menerima vaksin Pfizer sebagai pilihan berbanding suntikan vaksin AstraZeneca.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata, mereka tiada rancangan untuk menambah vaksin satu dos Johnson & Johnson dalam program imunisasi yang dijalankan.

Hal ini kerana Australia tidak mahu mengambil vaksin yang masih dalam peringkat kajian serta berpotensi menyebabkan darah beku.

Program imunisasi Australia sangat bergantung terhadap vaksin AstraZeneca dengan rancangan menghasilkan 50 juta dos di negara ini.

Perubahan polisi mendorong pihak berkuasa untuk menggandakan pesanan vaksin Pfizer kepada 40 juta suntikan.

Australia merekodkan kosong atau kes satu digit yang rendah dalam kebanyakan hari tahun ini sekali gus berupaya membantu pihak berkuasa mengurangkan sekatan serta meletakkan ekonomi ke arah pemulihan yang lebih pantas.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya