Arnab terbesar dunia dicuri - Utusan Malaysia

Arnab terbesar dunia dicuri

ANNETTE EDWARDS menawarkan ganjaran sebanyak 1,000 pound (RM5,683) kepada individu yang membawa pulang Darius dengan selamat. - POLIS WEST MERCIA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seekor arnab yang dinobatkan sebagai terbesar di dunia dilaporkan dicuri dari kandangnya.

Ekoran itu, pemiliknya, Annette Edwards, 68, menawarkan ganjaran sebanyak 1,000 pound (RM5,683) kepada mana-mana individu yang membawa pulang haiwan kesayangannya dengan selamat.  

Lapor Metro, arnab jenis Continental Giant atau turut dikenali baka German Giant yang bernama Darius, dicuri Sabtu lalu.  

Menurut Edwards, dia berasa kecewa setelah mengetahui arnab berusia 10 tahun itu hilang dari kandang di laman rumahnya di Stoulton, Worcestershire, pada keesokan harinya.

Darius mempunyai berat 15.87 kilogram (kg) dan berukuran 129 sentimeter (cm) panjang pernah memenangi Rekod Dunia Guinness sebagai arnab terbesar yang masih hidup.

Edwards menerusi laman Twitter merayu kepada individu yang membawa Darius agar segera memulangkan semula haiwan peliharaannya itu. 

“Darius terlalu tua untuk membiak sekarang,” katanya.

Polis West Mercia memaklumkan pihaknya ketika ini menjalankan siasatan untuk mencari Darius.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya