TASMANIA: Tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia baru-baru ini seperti sudah dijangka. Penganalisis politik, Prof. James Chin berkata, Pyongyang sememangnya mempunyai sejarah panjang menggunakan bahasa kasar dan memutuskan hubungan dalam sebarang situasi yang dianggap sebagai penghinaan. Namun dalam kes ini, James berpandangan tindakan memutuskan hubungan diplomatik itu turut memberi isyarat kepada Amerika Syarikat (AS). Katanya, ia amat jelas apabila Korea Utara mendakwa insiden itu merupakan konspirasi anti-Korea Utara…










