JAKARTA: Polis mengesahkan dua pengebom berani mati yang terlibat dalam insiden letupan di luar gereja Katolik di Makassar, Sulawesi Selatan, Sabtu lalu adalah pasangan suami isteri yang baru berkahwin selama enam bulan. Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Polis Sulawesi Selatan, E Zulpan berkata, suspek lelaki dikenali dengan inisial L dan dipercayai merupakan anggota kumpulan militan Jamaah Ansharut Daulah (JAD). Katanya, identiti kedua-dua suspek dikenal pasti menerusi cap jari dan ujian asid…