Serangan pertama terhadap tentera Kurdish - Utusan Malaysia

Serangan pertama terhadap tentera Kurdish

JET tempur Turki menyerang Tentera Demokratik Syria (SDF) di kampung Saida, wilayah Ain Issa sehingga menyebabkan berlaku letupan kuat. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Tentera Udara Turki melancarkan serangan pertama dalam tempoh 17 bulan terhadap tentera Kurdish di utara Syria, malam semalam.

Pengarah Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR), Rami Abdul Rahman berkata, jet tempur Turki menyerang Tentera Demokratik Syria (SDF) di kampung Saida, wilayah Ain Issa yang menyebabkan berlaku letupan kuat.

Katanya, insiden itu merupakan serangan udara pertama sejak ‘Operasi Keamanan Musim Bunga’ dilancarkan.

Pada Oktober 2019, kempen ketenteraan dilancarkan oleh Ankara dan sekutunya di Syria bagi menentang musuh mereka, SDF di utara Syria.

Operasi itu terganggu selepas dua perjanjian yang dirundingkan oleh Ankara dengan Washington dan Moscow membenarkan Turki merampas kawalan ‘zon selamat’ di dalam Syria seluas 120 kilometer.

Bagaimanapun, Kampung di Ain Issa masih kekal berada di bawah tentera Kurdish.

Menurut SOHR, serangan udara itu berlaku pada hari sama pertembungan keganasan dan serangan roket terhadap daerah Ain Issa antara tentera SDF dengan puak yang disokong oleh Turki.

“Pertembungan antara dua pihak berlaku sejak 24 jam lalu. Turki mengalami kesukaran selepas tentera SDF menghancurkan sebuah tangki milik mereka. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya