NEW DELHI: Legenda kriket India, Sachin Tendulkar disahkan dijangkiti Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah. Lapor BBC, Tendulkar, 47, mengumumkan perkara itu menerusi Twitternya dengan memaklumkan beliau hanya mempunyai gejala sederhana. “Saya sedang menjalani kuarantin diri di rumah dan mengikut semua protokol kesihatan seperti dinasihatkan oleh doktor saya,” katanya. Bekas kapten pasukan kriket India berkenaan berkongsi berita tersebut ketika negara republik itu berdepan dengan lonjakan kes Covid-19. Sejak pandemik…