Pemandu lori kargo Malaysia divaksin akan terima sijil imunisasi - Utusan Malaysia

Pemandu lori kargo Malaysia divaksin akan terima sijil imunisasi

Caption: PEMANDU lori kargo Malaysia yang sudah menerima suntikan vaksin di Singapura bakal menerima sijil imunisasi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pemandu lori kargo warga Malaysia yang sudah menerima kedua-dua suntikan vaksin Covid-19 di negara ini bakal mendapat sijil imunisasi.

Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI) memaklumkan golongan tersebut juga akan dikecualikan daripada menjalani ujian saringan ketibaan selama 14 hari selepas pengambilan dos kedua.

Menurut MTI, pemandu dan pengiring lori kargo yang sudah mengambil dua dos suntikan vaksin di Singapura akan menerima Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) bahawa sudah selesai menjalani proses vaksinasi serta mendapat sijil imunisasi.

“Mereka akan dikecualikan daripada melakukan ujian saringan ketibaan selepas suntikan dos kedua.

“Namun, mereka mungkin perlu menjalani ujian saringan di pusat pemeriksaan di sempadan Singapura dari semasa ke semasa,” jelas MTI.

Tambah MTI, pemandu lori kargo yang belum menerima suntikan vaksin masih lagi dibenarkan untuk memasuki Singapura namun mereka perlu menjalani langkah-langkah kesihatan di sempadan seperti ujian saringan Covid-19 ketika ketibaan.

MTI bagaimanapun menjelaskan semua pemandu dan pengiring lori kargo yang memasuki negara ini tanpa mengira sama ada sudah divaksin atau sebaliknya harus mematuhi langkah pengurusan keselamatan sepanjang urusan kerja mereka.

Langkah itu merangkumi memastikan pemeriksaan suhu dan SafeEntry dilakukan sebelum memasuki lokasi penghantaran serta mengamalkan penjarakan sosial sepanjang masa termasuk ketika memunggah dan menghantar bekalan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×