Muka kacak tapi bunuh mak, ayah - Utusan Malaysia

Muka kacak tapi bunuh mak, ayah

BENNO Neumair yang mempunyai paras rupa kacak dan bertubuh sasa tergamak membunuh ibu bapanya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 ITALI: Seorang lelaki bertubuh sasa mengaku membunuh kedua-dua ibu bapanya selepas diminta membawa anjing peliharaan mereka bersiar-siar di South Tyrol, utara Itali. 

Lapor Daily Mail, Benno Neumair, 30, didakwa membunuh pasangan guru, Peter Neumair dan Laura Perselli yang diberkas sejak 29 Januari lalu. 

Mayat Laura ditemui di sungai Adige dengan kesan dicekik manakala, mayat suaminya tidak timbul di permukaan sungai walaupun kesan darah ditemui berdekatan jambatan. 

Lelaki itu mengaku membunuh bapanya selepas mereka bertengkar dan membunuh ibunya tanpa sebarang penjelasan. 

Kes itu bermula selepas ayahnya meminta anaknya bangun dan membawa anjing keluarga itu berjalan. 

Namun, apabila Benno menolak permintaan bapanya berlaku perbalahan antara mereka sebelum dia mencekik leher mangsa. 

Lelaki itu kini ditahan di penjara Bolzano atas tuduhan membunuh dan penyiasatan masih dijalankan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN