Lelaki mengaku potong kemaluan sendiri - Utusan Malaysia

Lelaki mengaku potong kemaluan sendiri

ANDREW BREACH menegaskan di mahkamah dia memotong kemaluannya sendiri. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Seorang guru berkelulusan dari Universiti Oxford menegaskan di mahkamah bahawa dia memotong kemaluannya sendiri dan bukan rakan serumahnya seperti yang didakwa sebelum ini.

Memetik laporan Daily Mail, Andrew Breach, 35, menjelaskan rakan serumahnya, Aaron Beltran dari Sepanyol, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tindakan berkenaan.

Beltran yang berusia 31 tahun bakal berdepan hukuman penjara empat tahun setengah jika disabitkan kesalahan kerana mencederakan Breach pada 8 Mac 2019 ketika guru Bahasa Inggeris itu tinggal dan bekerja di bandar Zaragoza, utara Sepanyol.

Pendakwa raya negeri, Asuncion Lozada berkata, Beltran setuju memotong kemaluan Breach dengan pisau dapur sepanjang 30.48 sentimeter hanya untuk menerima bayaran berdasarkan jumlah tontonan video dalam talian, bermula dari 173 Pound (RM974) dan meningkat kepada maksimum 2,164 Pound (RM12,183).   

Meskipun menerima keterangan Breach yang mahu kemaluannya dipotong kerana menderita disforia jantina namun pendakwa raya mempertikaikan bahawa ia tidak mengecualikan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh Beltran.

Breach yang sebelum ini mendakwa Beltran harus dipersalahkan ketika disoal siasat, kini tampil menegaskan dia berasa tertekan dan takut dengan polis yang melakukan siasatan.

Breach memberitahu di hadapan tiga hakim di Mahkamah Daerah di Zaragoza menerusi seorang penterjemah bahawa dia telah bersumpah untuk bercakap benar dan tidak akan mereka cerita lagi.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya