JAKARTA: Kisah seorang murid darjah empat, Aldi, dari Kampung Subang, Jawa Barat, menjual cilok sehingga ke bangunan Dewan Perwakilan Penduduk menjadi tular dalam media sosial. Cilok adalah makanan tradisional Indonesia yang dibuat daripada ubi kayu. Lapor Kompas.com, Aldi bukanlah datang melulu ke bangunan itu, sebaliknya dijemput oleh Timbalan Pengerusi Pesuruhjaya IV, Dedi Mulyadi. Dedi mengetahui kisah kanak-kanak itu menjual cilok sejak darjah satu kerana mahu mengumpul duit untuk membeli telefon…