Jalan sempadan Malaysia-Indonesia dibina RM54 juta - Utusan Malaysia

Jalan sempadan Malaysia-Indonesia dibina RM54 juta

ILUSTRASI pembinaan jalan yang menghubungkan Malaysia dengan Indonesia. -ANTARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pembinaan jalan nasional di sempadan Malaysia dengan Indonesia di Bada-Empanang yang terletak di wilayah Kapuas Hulu, Kalimantan Barat dilaksanakan dengan melibatkan kos 191 bilion rupiah (RM54 juta).  

Lapor Kompas.com, Jalan Badau-Empanang dibina sepanjang 33.6 kilometer (km) dengan keluasan enam meter dalam tempoh dua tahun. 

Ketua Pelaksana Tugas daerah Badau, Edi Suharta berharap pembinaan jalan itu dapat dilaksanakan mengikut pelan yang ditetapkan serta kualiti yang baik. 

“Penduduk yang tinggal di kawasan sempadan berharap kualiti pembinaan kerja itu diberikan keutamaan, tambahan pula, syarikat yang terlibat adalah BUMN sudah tentu mereka boleh bekerja secara profesional,” katanya. 

Menurut Suharta, pembinaan jalan Badau-Empanang mampu meningkatkan sektor ekonomi di kawasan sempadan itu. 

“Kawasan sempadan tidak akan ketinggalan malah mampu selari dengan kawasan membangun yang lain,” jelasnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN