ROM: Kerajaan Itali akan mengenakan kuarantin selama lima hari terhadap pelancong yang tiba dari negara Kesatuan Eropah (EU) lain termasuk penduduk dan warga asing, kata sumber dari Kementerian Kesihatan. Menurut sumber, Menteri Kesihatan, Roberto Speranza dijangka meluluskan peraturan baharu itu hari ini. Sumber itu bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut mengenai peraturan baharu berkenaan termasuk tempoh berkuatkuasa. Sebahagian besar Itali masih dibawah pelaksanaan peraturan ketat koronavirus ketika negara itu berusaha menangani gelombang…