Gereja Katolik New Zealand mohon maaf - Utusan Malaysia

Gereja Katolik New Zealand mohon maaf

SURUHANJAYA Siasatan Diraja mengenai Penyalahgunaan dalam Penjagaan bagi pihak paderi dan pemimpin New Zealand melakukan sesi pendengaran di Auckland. -FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND: Gereja Katolik New Zealand membuat permohonan maaf kepada mangsa penyalahgunaan kuasa di gereja dan menegaskan sistem serta budaya perlu diubah.

Ketua Gereja Roman Katolik di Wellington dan Metropolitan New Zealand, Cardinal Dew membuat permohonan maaf itu di Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Penyalahgunaan dalam Penjagaan bagi pihak paderi dan pemimpin New Zealand.

“Hari ini merupakan peristiwa yang sangat penting, saya meminta maaf kepada anda, bagi pihak paderi dan pemimpin gereja katolik.

“Saya turut meminta maaf kepada anda bagi pihak yang mendahului kami sebagai paderi dan pemimpin. Kami sama sekali tidak mempertahankan setiap tindakan mereka yang mendatangkan bahaya,” katanya.

Permohonan maaf itu dibuat sebagai tindakan menyelesaikan tuntutan penyalahgunaan kes terdahulu dan semasa yang berlaku.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern menubuhkan Suruhanjaya Diraja pada 2018 bagi berdepan episod gelap dalam sejarah yang melanda institusi gereja di negara itu.

Laporan suruhanjaya itu pada Disember lalu mendapati sebanyak suku juta kanak-kanak termasuk golongan muda dan dewasa dipercayai dianaya secara fizikal dan mengalami serangan seksual di institusi penjagaan dan kepercayaan dari 1960 hingga awal 2000.

Hasil siasatan mendapati kanak-kanak yang berusia seawal sembilan bulan menderita selama bertahun-tahun akibat penderaan termasuk rawatan pemulihan akibat rogol oleh kakitangan di pusat rawatan psikiatri, pendeta dan penjaga.

“Kami sedar sistem dan budaya di gereja membenarkan penderaan itu berlaku. Oleh itu, sistem dan budaya yang gagal ini perlu diubah segera,” jelas Cardinal.

Suruhanjaya Diraja akan mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan dalam laporan pada tahun ini sekali gus menunjukkan siasatan terpanjang dan paling kompleks yang dilakukan di New Zealand. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya