COPENHAGEN: Pihak berkuasa kesihatan Denmark, Norway, Iceland, Thailand dan Bulgaria menggantung sementara penggunaan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca susulan laporan pembentukan darah beku terhadap beberapa individu selepas disuntik vaksin. Denmark melaksanakan langkah tersebut selama dua minggu selepas seorang wanita berusia 60 tahun yang menerima suntikan vaksin AstraZeneca mempunyai komplikasi darah beku dan meninggal dunia. Menteri Kesihatan Denmark, Magnus Heunicke berkata, pihaknya masih belum dapat mengaitkan kematian wanita itu adalah disebabkan vaksin…