YANGON: Barisan kepemimpinan kerajaan demokrasi Myanmar berikrar untuk melakukan ‘revolusi’ bagi menamatkan rampasan kuasa oleh junta tentera negara ini. Pemangku pemimpin kerajaan tersebut, Mahn Win Khaing Than yang kini bersembunyi bersama beberapa pemimpin kanan Parti Demokrasi Liga Kebangsaan (NLD) menyampaikan perkara itu menerusi Facebook kelmarin. Itu adalah kemunculan pertama beliau sejak junta tentera menggulingkan kerajaan pimpinan parti tersebut sejak Februari lalu. Sehingga kini, lebih 70 penunjuk perasaan terbunuh di Myanmar…