Bottega Veneta reka rantai mirip wayar telefon - Utusan Malaysia

Bottega Veneta reka rantai mirip wayar telefon

BOTTEGA VENETA menampilkan rekaan rantai terbaharu yang kelihatan seperti wayar telefon. - NET-A-PORTER  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Jenama fesyen mewah dari Itali, Bottega Veneta menerima kritikan hebat dalam media sosial selepas menampilkan rekaan produk terbaharunya berupa rantai bernilai 1,425 pound (RM8,160) yang kelihatan seperti wayar telefon.     

Lapor Daily Mail, jenama fesyen mewah itu turut disindir oleh rata-rata warganet yang menyifatkan harga rantai itu terlalu mahal dan nilainya tidak logik untuk rekaan demikian.

Bottega Veneta turut menampilkan anting-anting dan cincin sepadan dengan rantai itu yang masing-masing berharga 845 pound (RM4,838) dan 335 pound (RM1,918).

Barangan perhiasan wanita itu boleh didapati dalam warna ungu muda dan hijau.

Syarikat yang berpangkalan di Milan memaklumkan set perhiasan wanita itu meniru watak arca kaca tradisional Venetian terutamanya di Pulau Murano yang terkenal dengan hiasan yang unik.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial menganggap rekaan barang perhiasan itu sebagai tidak masuk akal.  

Seorang lagi warganet pula memaklumkan gambar produk yang dimuatnaik itu berkemungkinan adalah `scam’. 

“Saya hanya ingin tahu sama ada orang akan membeli rantai wayar telefon ini,” kata seorang pengguna media sosial. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN