BANGKOK: Pelancong luar yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 akan dibenarkan memasuki negara ini untuk berkunjung ke enam wilayah pelancongan bermula bulan depan.
Lapor Bangkok Post, mereka yang sudah divaksin bagaimanapun masih perlu menjalani proses kuarantin selama tujuh dari berbanding 14 hari yang ditetapkan sebelum ini.
Pada Julai ini, Phuket bakal menjadi wilayah pertama yang menghentikan kewajipan kuarantin kepada pengunjung luar yang sudah divaksin.
Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn berkata, Pusat Perlembagaan Situasi Ekonomi (CESA) meluluskan tiga fasa untuk pembukaan semua enam wilayah pelancongan utama di negara ini iaitu Phuket, Krabi, Phangnga, Surat Thani (Koh Samui), Chon Buri (Pattaya) dan Chiang Mai.
Katanya, sempadan negara ini dijangka dibuka sepenuhnya pada Januari depan selepas tiga fasa tersebut berjaya dilaksanakan.
“Pelancong yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin akan dibenarkan memasuki Thailand, namun mereka masih perlu mematuhi semua peraturan Covid-19 yang ditetapkan bagi mengelak sebarang kemungkinan,” katanya.
Sementara itu, dianggarkan 100,000 pelancong luar dijangka tiba di Phuket antara April dan Jun ini.










