Arab Saudi lakukan suntikan 2 juta vaksin - Utusan Malaysia

Arab Saudi lakukan suntikan 2 juta vaksin

SEBANYAK dua juta dos vaksin sudah disuntik kepada individu yang layak di Arab Saudi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Menteri Kesihatan Arab Saudi memaklumkan lebih dua juta dos vaksin Covid-19 sudah diberikan di 500 kawasan sehingga hari ini.

Jurucakap kementerian, Dr. Mohammed Al-Abd Al-Aly berkata, keputusan untuk menarik balik vaksin Oxford-AstraZeneca dari beberapa negara Eropah ditangguhkan sementara bagi memastikan ia benar-benar selamat.

Katanya, langkah itu adalah bersifat sementara dan berjaga-jaga bagi memastikan aspek keselamatan.

“Kami memberikan jaminan kepada anda beberapa negara hanya menggunakan vaksin itu semula selepas terbukti selamat. Kami turut mengesahkan vaksin yang berada di negara ini adalah selamat dan berkesan,” jelasnya.

Kes jangkitan baharu Covid-19 di Arab Saudi adalah sebanyak 351 kes semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 382,059 kes positif wabak itu.

Daripada kes baharu yang dilaporkan, 175 kes di Riyadh, 74 kes di wilayah timur dan 42 kes di Makkah.

Sempadan di kawasan utara dan wilayah Jazan masing-masing tiga kes, sementara, Najran merekodkan dua kes dan Baha mencatatkan satu kes baharu Covid-19.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya