YANGON: Kumpulan aktivis Myanmar mengadakan lebih banyak perhimpunan dan perarakan hari ini iaitu sehari selepas Amnesty International mendakwa junta tentera menembak mati 12 penunjuk perasaan.
Siri protes terbaharu itu diadakan di Yangon serta beberapa pekan lain dan tiada sebarang insiden keganasan dilaporkan setakat ini.
Dalam pada itu, peguam pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi menyifatkan tuduhan junta tentera terhadap pemimpin wanita itu sebagai tidak masuk akal.
Jurucakap tentera Myanmar, Zaw Min Tun sebelum ini mendakwa Suu Kyi menerima rasuah sebanyak AS$600,000 (RM2.5 juta) serta sejumlah emas seberat lebih 11 kilogram ketika berkhidmat dalam kerajaan.
Jika disabit kesalahan, Suu Kyi boleh dikenakan hukuman berat.
Terdahulu, beliau didakwa memiliki walki talkie secara haram dan melanggar sekatan Covid-19. – REUTERS









