YANGON: Dianggarkan 3,000 penduduk di negeri Karen di tenggara Myanmar melarikan diri ke Thailand selepas pasukan tentera mengebom kawasan yang dikuasai kumpulan militia kelmarin. Menurut Organisasi Wanita Karen, junta tentera Myanmar melancarkan serangan udara di lima kawasan di daerah Mutraw berhampiran kawasan sempadan. “Ketika ini, penduduk kampung bersembunyi di dalam hutan dan mereka akan masuk ke Thailand bagi mendapatkan perlindungan. “Kami menggesa tindak balas segera dari komuniti antarabangsa memandangkan situasi…