GENEVA: Sekurang-kurangnya 3,000 jururawat meninggal dunia akibat wabak Covid-19 di peringkat global. Jumlah kematian itu secara tidak langsung memberi amaran mengenai kemungkinan lebih ramai petugas kesihatan akan meninggalkan kerjaya mereka kerana trauma dengan kesan pandemik tersebut. Genap setahun sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pertama kali mengesahkan Covid-19 sebagai pandemik, Majlis Jururawat Antarabangsa (ICN) berkata, keletihan dan tekanan telah menyebabkan berjuta-juta jururawat mempertimbangkan untuk berhenti kerja. Malah, ICN turut memberi amaran…










