Serpihan pesawat jatuh di kawasan perumahan - Utusan Malaysia

Serpihan pesawat jatuh di kawasan perumahan

SERPIHAN besar jatuh di sebuah kawasan perumahan Broomfield di pinggir bandar Denver. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENVER: Serpihan daripada pesawat United Airlines dilaporkan jatuh di sebuah kawasan perumahan ketika melakukan pendaratan kecemasan selepas satu daripada enjinnya mengalami masalah teknikal.

Lapor AP, serpihan enjin pesawat itu jatuh bertaburan di kawasan kejiranan dan hampir merosakkan sebuah kediaman.

Pihak berkuasa bagaimanapun berkata, pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat dan tiada penumpang mahupun penduduk mengalami kecederaan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777-200 terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Denver selepas mengalami kegagalan enjin tidak lama selepas berlepas.

Jelas agensi tersebut, kejadian itu berlaku ketika pesawat penerbangan 328 dalam perjalanan dari Denver menuju ke Honolulu, Hawaii.

United Airlines dalam satu kenyataan berasingan menyatakan seramai 231 penumpang dan 10 anak kapal berada dalam pesawat tersebut.

Jabatan Polis Broomfield memuat naik beberapa gambar kejadian itu di Twitter yang antara lain  memaparkan serpihan besar dan berbentuk bulat yang jatuh bersebelahan sebuah rumah di pinggir bandar kira-kira 40 kilometer utara Denver.    

Polis juga meminta mana-mana penduduk yang cedera akibat kejadian itu untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang tinggal di kawasan tersebut, Tyler Thal berkata, ketika kejadian, dia bersama keluarganya berada di luar lalu ternampak sebuah pesawat komersial yang besar terbang begitu rendah.

“Ketika menyaksikannya, saya juga melihat satu letupan berlaku yang mengeluarkan asap dan kemudian serpihan jatuh daripada pesawat itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya