Paksa anak mandi air panas mendidih  - Utusan Malaysia

Paksa anak mandi air panas mendidih 

MADDILYN-ROSE STOKES meninggal dunia akibat menderita luka melecur pada badannya. - CHANNEL 7
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sepasang ibu bapa bertindak kejam dengan memaksa anak perempuan mereka berusia dua tahun mandi air panas mendidih hanya kerana telah membuang air besar pada lampinnya.   

Lapor Daily Star, mangsa, Maddilyn-Rose Stokes bagaimanapun meninggal dunia lima hari kemudian akibat menderita luka melecur pada badannya.

Pada sesi pendengaran, Mahkamah Agung Queensland di Australia dimaklumkan bahawa Maddilyn mungkin terselamat daripada kecederaan teruk yang dialaminya sekiranya dia mendapat rawatan perubatan.

Ibu bapa kejam itu sebaliknya membiarkan anak mereka menderita selama lima hari kerana takut Jabatan Perkhidmatan Keselamatan Kanak-Kanak akan campur tangan jika Maddilyn dibawa ke hospital.

Pada 20 Mei 2017, Shane David Stokes, 33, memaksa Maddilyn mandi dalam tab yang berisi air panas mendidih sebagai hukuman kerana telah membuang air besar pada lampinnya.

Tindakan itu menyebabkan Maddilyn mengalami kesakitan teruk dengan kesan lecur yang serius.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Maddilyn sudah tentu menjerit dalam kesakitan ketika bahagian punggung, pangkal paha dan kakinya melecur akibat terkena air panas.

Stokes dan Betty Moore, 26, mengaku bersalah atas kesalahan mendera, membunuh dan gagal mendapatkan rawatan perubatan bagi anak mereka. 

Stokes mengaku menyebabkan kecederaan lecur tahap ketiga terhadap anaknya setelah mereka cuba merawat luka tersebut dengan menggunakan gel aloe vera dan pembalut selepas mencari ubat yang sesuai secara dalam talian. 

Petugas perubatan menemui Maddilyn dalam keadaan tidak sedar diri di rumah keluarganya yang terletak di Northgate, Brisbane sebelum meninggal dunia di hospital pada 25 Mei 2017.

Stokes dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun manakala Moore pula dihukum penjara sembilan tahun dan enam bulan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya